BLOG Post New Entry

Warga Emas 60 tahun Rogol dan Lakukan Seks Luar Tabii dengan Pelajar Buta

Posted by 4DMIN on April 25, 2012 at 7:45 PM

Seorang warga emas hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan Orang Kelainan Upaya (OKU),buta berusia 13 tahun, anak kepada rakan baiknya.

 

Mohd Zubir Muda, 60, didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Murni Permai Tok Jembal dan Jalan Kem, Taman Perumahan Seberang Takir antara 10.30 pagi hingga 3 petang pada 6 Jun 2010, Mac 2011 dan 4 September lalu.

 

Tertuduh, yang bekerja sebagai tukang urut refleksologi dan pemandu juga bapa kepada empat anak, yang bertanggungjawab menghantar mangsa ke sekolah, didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan. Bagaimanapun, Mohd Zubir terlepas hukuman sebatan atas faktor usia.

 

Dia turut didakwa melakukan seks luar tabii menggunakan jari dengan mangsa yang cacat penglihatan pada 10.30 pagi, 6 Jun tahun lalu di sebuah rumah di Taman Murni Permai, mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

 

Mohd Zubir juga berdepan dua pertuduhan mencabul kehormatan mangsa yang sama pada 3 petang dan 12 tengah hari dalam bulan Mac dan 4 September lalu di Jalan Kem, Taman Perumahan Seberang Takir mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, atau denda, atau dengan sebatan, jika sabit kesalahan.

 

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin menetapkan 21 November depan untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya Zalina Awang menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

 

Hakim Zainal Abidin menasihati Mohd Zubir supaya melantik peguam kerana dia bakal berdepan hukuman penjara maksimum 110 tahun, jika disabitkan kesalahan, serta mengarahkan tertuduh melapor diri di Balai Polis Gong Badak setiap bulan.

 

Selain tidak dibenarkan berada di luar daerah Kuala Terengganu tanpa kebenaran mahkamah, tertuduh dan warisnya dilarang mengganggu mangsa serta keluarganya

Categories: cerita panas

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

0 Comments

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Waktu Solat

Tweet Me

PANEL ADMIN
 

Current song: Loading ...
Stream title:
Bit rate:
Current listeners:
Maximum listeners:
Server status:
AutoDJ status:
Source connected:
Station time:
Current playlist:
Track details: - -

PANEL ADMIN

Mintak Lagu

Mintak Lagu 

Mintak Lagu 


letak banner kami di blog atau website anda